Sunday, December 13, 2009

'Pengorbanan

Isnin....14 Disember 2009

Malam nie kami sekeluarga akan bersiap2 untuk hantar Anep ke airport. Airport???? Tu maknanya Anep akan 'belayar' ke Al Jubail...........huhuhuuuuuuuuuuu, sedihnya!!!

Hampir seminggu lebih Anep jadi Mr Mama dok rumah coz dah tender surat resign dan 'clear' baki annual leave dia di Buthanol. So, the past 2 weeks tu kitorang banyak masa bersama walaupun aku x ambil cuti dalam tempoh tu.

Jarang sekali dapat rasa macam tu. Aqyl pun dah attach gila dengan Anep. Selangkah Anep bergerak pun dia nak ikut papa dia. Hai....macam mana la nak berpisah kat airport malam ni nanti? What would i do? Bab tu yang payah bagi aku dan Anep rasanya.....hopefully Aqyl akan tido nyenyak kat airport nanti....so that bila papa dia nak pergi dia tak nampak...tak sedar Anep akan tinggalkan kitorang. Tak sanggup la tengok Aqyl menangis nak kejar Anep kat Departure Hall nanti....tolong lah...kuatkan lah semangat dan hati kitorang.

Mulai tengah malam ni...bermulalah satu penghijrahan dan sebuah pengorbanan buat kami sekeluarga. Ikhlas.....sampai saat ni pun aku masih tak boleh dapat jawapan pada tahap survival diri aku bila Anep dah pergi. Tapi, aku take it simple dan tenang............i think it's better for me to go with the flow. Lagi banyak berfikir....lagi celaru, lagi tension, lagi depress dan....ahhhhhh macam2 lagi akan berkeceramuk dalam kepala ni.....lagi banyak dan besar ruang untuk setan tu menghasut dan mengusutkan fikiran dan menjatuhkan semangat serta iman.

So, setiap kali aku cuba update blog ni....ianya akan mengingatkan aku pada prinsip yang harus aku lakukan.....SUPER MOMMY. Ya....aku kena yakin pada Allah swt di atas perlindunganNya dan aku sendiri harus lebih kuat agar melawan kesepian, menghadapi cabaran hidup dan kena fit gila la nak juggle kerja kat ofis dengan mengurus Aqyl. Aku berdoa agar semua ini dapat aku lakukan dengan sehabis baik dari usaha aku demi ..................SATU PENGHIJRAHAN SEBUAH PENGORBANAN yang menuntut banyak kesabaran, keimanan dan keyakinan.

Sebagai manunsia biasa, aku tidak dapat lari dari rasa sedih tapi aku pasti akan bangkit dari kesedihan dan bersedia menempuh hidup baru dengan sebuah transformasi di dalam hidup. Hati kena cekal, semangat kena kental!!!! Tu pesan arwah mama setiap kali aku nangis bila ada problem.

Ok....dah set....APA PUN YANG TERJADI...BERJALANLAH TANPA HENTI...................

Tuesday, December 8, 2009

Currency Exchange Rate



Tadi Anep datang untuk lunch sama2. Bestnyer...maybe minggu ni tinggal berapa hari je lagi nak rasa lunch sama. Aku tak boleh ambik cuti sekarang sebab bos ikut rombongan lawatan kerja MIDA ke Los Angeles......seminggu tau! So, aku terpaksa la tunggu ofis.





Anep sempat survey satu money changer kat Kuantan Parade. Hemmmm...arini exchange rate SAR quite ok...jauh lebih baik dari minggu lepas.....0.92MYR....tapi arini kitorang pi tengok....0.85MYR je! So, i told Anep this is the best time to change SAR money before he leaves.

Aku doa semoga Anep ni selamat la jejak kaki ke bumi Arab. Selamat dan sihat semasa ada kat sana nanti. Dulu sakit pening, perut lapar, pakai hensem2...aku yang handle. Kat sana aku harap semangat survivor dia tinggi. Aku plak? Sama jugak..........

Thursday, December 3, 2009

Research On Al Jubail


Phewwww!! I did some research on this so called "Saudi's Second Largest Industrial City" just now. I'm not pretty happy & satisfy with the result, tho....but I'll definitely give another try tomorrow.

It is said that Al Jubail, like other cities in Saudi....very conservative, but since it is an industrial area....many expats are found here, so most women are allowed to shop and walk around freely accompanied by their girl friends whilst the absence of their husbands.

But one thing that brought to my surprise when i read a post from ExpatForum was.....it said that Saudi is "Little America"....woohoo...seriously i have no idea about this!!! For those who plan to stay and work there, should need no worry to pack many stuff. You can get anything you need at the mall. In fact, most of American brand merchandise can be found easily at their shopping mall........wow!! That's cool! All you need is clothes and toiletries (just for few days)..that's it!

For ladies, of course you must cover your body ...in other word "burkha" in public. Hemm...what will happen if Anep asks me to join him there later? Insyaallah, I think it should be no problem for me to put on Abaya, Hijjab, Burkha or whatever they are....seriously I dont mind at all.

Well..maybe it's time for me to put on Hijjab. I'm not going to be younger anyway.....i'm suppose to dress up appropriately...like a proper Muslim suppose to be.

Will continue my research again tomorrow. Hopefully I'll find more useful and latest info on this.

Wednesday, December 2, 2009

Duit, Cinta & Kehidupan


Duit dan cinta ni memang bersimpul mati dengan kehidupan. Setuju?


Tapi bila dilihat trend zaman sekarang, rasanya duit dan cinta tu sama penting bagi mencari sebuah kehidupan yang sempurna. Tapi terlalu sedikit yang menikmati kedua2nya sekali.....tidak ada yang mencapai kehidupan yang sempurna selagi kita ni bergelar manusia.


Tertarik sangat dengan kisah Fatine yang disiarkan KOSMO semalam. Entah, tak tau nak komen apa tentang isu tu. Tapi apa yang pasti, Fatine tak seharusnya terus "hanyut" dengan nafsu & kehendak hati semata2. Lebih sedih sebab Fatine masih ada ibu. Apa yang lebih bahagia selain dari dapat berbakti dan membahagiakan hati ibu kita, yang pastinya syurga di bawah tapak kakinya. Alangkah bertuahnya Fatine kerana ibunya masih hidup dan masih tidak terlambat untuk mencurah bakti, menabur bahagia dan yang paling "privilliage" dapat memohon ampun dan maaf atas kesalahan dia. Itu yang yang sebenarnya yang perlu dikejar ketika ibu kita masih hidup. Make use of it........seriously!!!


Bagi aku yang sudah kehilangan arwah mama 5 tahun yang lalu, rindu padanya masih serupa setiap hari, sama seperti dulu. Nasihat dan kata2 semangat dari arwah mama amat aku perlukan & rindui. Terus terang dari hati, memang payah nak melawan rasa rindu pada arwah mama. Bertahun-tahun aku bergelut dengan tekanan.....tekanan untuk cuba melawan kesepian kerana kehilangannya. Tapi aku sedar hanya doa, semangat dan ketabahan sahaja yang dapat melawan tekanan yang aku hadapi. Tanpanya di sisi, sekarang aku makin tabah dan matang menghadapi kesulitan dan dugaan hidup sendirian. That's why aku memang suka sangat dengan lagu Melawan Kesepian - Dato' Siti Nurhaliza......



Judul/Lirik Lagu: Melawan KesepianPenyanyi: Siti Nurhaliza


Apapun yang terjadi

Berjalanlah tanpa henti

Air mata tertahan

Waktu untuk dijatuhkan


Nanti kita kan tahu

Betapa bijaknya hidup

Sepahit apapun ini.......Pelajaran yang berarti


Semoga kepergianmu

Tak akan merubah apapun

Semoga mampu kulawan

Kesepianku…


(Ulang 2 rangkap di atas)


Apapun yang terjadi

Berjalanlah tanpa henti.....

Emm...lagu ni boleh jugak relate dengan situasi aku dan Anep. Aku nak suruh Anep download lagu ni dalam hp dia, so that bila dia "layan" lagu ni kat Saudi esok, terus teringatkan aku kat Mesia ni. Lepas ni makin keraplah aku "layan" lagu Siti ni......"semoga mampu ku lawan, kesepianku...." (sepi tanpa arwah mama dan Anep di sisi aku....huhuhu...sadisnya!!!)


Apa2 pun demi mencari DUIT di negara orang, cinta dan kebahagiaan terpaksa dipertaruhkan. Aku, Aqyl dan Anep sama2 berkorban demi sebuah KEHIDUPAN yang kitorang impikan........kehidupan yang selesa dan sederhana. Aku sentiasa berdoa agar Allah swt redha dengan rezeki yang dilimpahi kepada kami, minta dijauhkan dari cinta kami diuji.


Kesimpulannya, jika 2 elemen ni imbang sama rata, insyaallah kita boleh bahagia.


Itu lah realiti DUIT, CINTA & KEHIDUPAN...............


Tuesday, December 1, 2009

Diskusi $$$

Naper arr $$$ adalah isu penting dalam kehidupan manusia...lagi2 sekarang? Melangkah je mesti nak keluar $$$, kan?

Selepas lunch dengan Anep tadi, kitorang agree nak buat budget discussion malam ni. Apa yang lebih penting sebelum discussion tu ialah ...... Aqyl tido on time......insyaallah biasanya 8pm atau 8:30pm tido la tue.

Semakin suntuk masa Anep nak berlepas ke Saudi....terasa macam banyak benda yang kitorang tak sit & talk about it. So, malam ni nak beli dinner siap2, makan sama2 anak beranak, tidokan Aqyl, buat air kopi kaw then let's have a serious talk on our BUDGET.

Merancang tu penting tapi apa yang lebih utama adalah prinsip dan sikap kita dalam berbelanja. Yang pasti 3 bulan pertama Anep mula kerja di Saudi tu adalah ultimate challenge pada dia di sana dan survival aku dan Aqyl kat Mesia ni.

Apa2 pun kalau kita sentiasa tabah, kuat semangat dan ikhlas.........insyaallah Allah permudahkan segala jalan dan urusan kita. Jadi lepas ni nak pastikan calculator bagak, pen & note book dah siap2 ada sebelum discussion mula (wah.....mentang2 la secretary.......balik rumah pun secretary jugak....TETAPPPPP...of course!)

Semoga malam ni mencapai kata sepakat..mudah-mudahan bawa berkat....AMIN.

Finally...i created a blog

Yeay!!! Finally i own a blog. It has been quite a long time for me to create my own blog. But, guess what........i created it today. It's all because (huhuhu).....lovely hubby will be away soon, depart for Arabs in less than 2 weeks.

I hope this blog will not only connect Anep and I...but also the rest of other family members as well. To all....i will try my level best to update photos or any new post to this blog so that you may check on my latest updates from time to time.

To hubby........we love ya so much, with God's will you'll doing fine in Al-Jubail. Me? Yes ...i realise there is a HUGE challege awaits me. But i will try my very best to juggle with work, house chores & our "super" active cutie - Aqyl. It's easier said than done...but i'm just gonna keep moving, gain my strength & confidence....deliver my best. I can do it!!!

So..dont get mess with me...altho i'm petite little tiny.....but i'm supermommy!!!