Sunday, December 13, 2009

'Pengorbanan

Isnin....14 Disember 2009

Malam nie kami sekeluarga akan bersiap2 untuk hantar Anep ke airport. Airport???? Tu maknanya Anep akan 'belayar' ke Al Jubail...........huhuhuuuuuuuuuuu, sedihnya!!!

Hampir seminggu lebih Anep jadi Mr Mama dok rumah coz dah tender surat resign dan 'clear' baki annual leave dia di Buthanol. So, the past 2 weeks tu kitorang banyak masa bersama walaupun aku x ambil cuti dalam tempoh tu.

Jarang sekali dapat rasa macam tu. Aqyl pun dah attach gila dengan Anep. Selangkah Anep bergerak pun dia nak ikut papa dia. Hai....macam mana la nak berpisah kat airport malam ni nanti? What would i do? Bab tu yang payah bagi aku dan Anep rasanya.....hopefully Aqyl akan tido nyenyak kat airport nanti....so that bila papa dia nak pergi dia tak nampak...tak sedar Anep akan tinggalkan kitorang. Tak sanggup la tengok Aqyl menangis nak kejar Anep kat Departure Hall nanti....tolong lah...kuatkan lah semangat dan hati kitorang.

Mulai tengah malam ni...bermulalah satu penghijrahan dan sebuah pengorbanan buat kami sekeluarga. Ikhlas.....sampai saat ni pun aku masih tak boleh dapat jawapan pada tahap survival diri aku bila Anep dah pergi. Tapi, aku take it simple dan tenang............i think it's better for me to go with the flow. Lagi banyak berfikir....lagi celaru, lagi tension, lagi depress dan....ahhhhhh macam2 lagi akan berkeceramuk dalam kepala ni.....lagi banyak dan besar ruang untuk setan tu menghasut dan mengusutkan fikiran dan menjatuhkan semangat serta iman.

So, setiap kali aku cuba update blog ni....ianya akan mengingatkan aku pada prinsip yang harus aku lakukan.....SUPER MOMMY. Ya....aku kena yakin pada Allah swt di atas perlindunganNya dan aku sendiri harus lebih kuat agar melawan kesepian, menghadapi cabaran hidup dan kena fit gila la nak juggle kerja kat ofis dengan mengurus Aqyl. Aku berdoa agar semua ini dapat aku lakukan dengan sehabis baik dari usaha aku demi ..................SATU PENGHIJRAHAN SEBUAH PENGORBANAN yang menuntut banyak kesabaran, keimanan dan keyakinan.

Sebagai manunsia biasa, aku tidak dapat lari dari rasa sedih tapi aku pasti akan bangkit dari kesedihan dan bersedia menempuh hidup baru dengan sebuah transformasi di dalam hidup. Hati kena cekal, semangat kena kental!!!! Tu pesan arwah mama setiap kali aku nangis bila ada problem.

Ok....dah set....APA PUN YANG TERJADI...BERJALANLAH TANPA HENTI...................

No comments:

Post a Comment