Duit dan cinta ni memang bersimpul mati dengan kehidupan. Setuju?
Tapi bila dilihat trend zaman sekarang, rasanya duit dan cinta tu sama penting bagi mencari sebuah kehidupan yang sempurna. Tapi terlalu sedikit yang menikmati kedua2nya sekali.....tidak ada yang mencapai kehidupan yang sempurna selagi kita ni bergelar manusia.
Tertarik sangat dengan kisah Fatine yang disiarkan KOSMO semalam. Entah, tak tau nak komen apa tentang isu tu. Tapi apa yang pasti, Fatine tak seharusnya terus "hanyut" dengan nafsu & kehendak hati semata2. Lebih sedih sebab Fatine masih ada ibu. Apa yang lebih bahagia selain dari dapat berbakti dan membahagiakan hati ibu kita, yang pastinya syurga di bawah tapak kakinya. Alangkah bertuahnya Fatine kerana ibunya masih hidup dan masih tidak terlambat untuk mencurah bakti, menabur bahagia dan yang paling "privilliage" dapat memohon ampun dan maaf atas kesalahan dia. Itu yang yang sebenarnya yang perlu dikejar ketika ibu kita masih hidup. Make use of it........seriously!!!
Bagi aku yang sudah kehilangan arwah mama 5 tahun yang lalu, rindu padanya masih serupa setiap hari, sama seperti dulu. Nasihat dan kata2 semangat dari arwah mama amat aku perlukan & rindui. Terus terang dari hati, memang payah nak melawan rasa rindu pada arwah mama. Bertahun-tahun aku bergelut dengan tekanan.....tekanan untuk cuba melawan kesepian kerana kehilangannya. Tapi aku sedar hanya doa, semangat dan ketabahan sahaja yang dapat melawan tekanan yang aku hadapi. Tanpanya di sisi, sekarang aku makin tabah dan matang menghadapi kesulitan dan dugaan hidup sendirian. That's why aku memang suka sangat dengan lagu Melawan Kesepian - Dato' Siti Nurhaliza......
Judul/Lirik Lagu: Melawan KesepianPenyanyi: Siti Nurhaliza
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini.......Pelajaran yang berarti
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku…
(Ulang 2 rangkap di atas)
Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti.....
Emm...lagu ni boleh jugak relate dengan situasi aku dan Anep. Aku nak suruh Anep download lagu ni dalam hp dia, so that bila dia "layan" lagu ni kat Saudi esok, terus teringatkan aku kat Mesia ni. Lepas ni makin keraplah aku "layan" lagu Siti ni......"semoga mampu ku lawan, kesepianku...." (sepi tanpa arwah mama dan Anep di sisi aku....huhuhu...sadisnya!!!)
Apa2 pun demi mencari DUIT di negara orang, cinta dan kebahagiaan terpaksa dipertaruhkan. Aku, Aqyl dan Anep sama2 berkorban demi sebuah KEHIDUPAN yang kitorang impikan........kehidupan yang selesa dan sederhana. Aku sentiasa berdoa agar Allah swt redha dengan rezeki yang dilimpahi kepada kami, minta dijauhkan dari cinta kami diuji.
Kesimpulannya, jika 2 elemen ni imbang sama rata, insyaallah kita boleh bahagia.
Itu lah realiti DUIT, CINTA & KEHIDUPAN...............
No comments:
Post a Comment